| Sejarah PSSCM UniMAP |
|
Bagi meneruskan perkembangan silat cekak di bumi Perlis, pada tahun 2002 dengan persetujuan Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) iaitu Leftenan Kolonel Professor Dr. Haji Kamarudin bin Hussin, PSSCMCPs telah berjaya pula membuka Kelas Latihan yang baru di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) atau sekarang dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kejayaan ini adalah atas usaha bersepadu dan kerjasama yang dilakukan oleh Encik Ishak bin Awang, Dr. Haji Abdul Majid bin Ismail dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan Tuan Haji Ghazali bin Abdul Rahman selaku Naib Presiden 2 PSSCM merangkap Penyelaras PSSCM Negeri Perlis. Apa yang membanggakan ialah, kewujudan Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia di UniMAP telah diiktiraf oleh pihak akedemik dan pentadbir UniMAP sebagai satu aktiviti Ko-Kurikulum Universiti dengan menetapkan 3 jam kredit bagi setiap penuntut yang mempelajari silat ini.
SERANAI EXCO PSSCM UNIMAP NAIB YANG DIPERTUA : MUHAMMAD FARIS BIN FAUZI KHAN SETIAUSAHA : MUHAMAD SAIFUL BIN MUHAMAD HATTA BENDAHARI : AHMAD IKMAL BIN ABD AZIZ PENERANGAN : MUHAMAD FIRDAUS BIN ISHAK
MAKLUMAT KELAS LATIHAN Kelas Latihan Kelas Latihan KO-K Tenaga Pengajar : En Adha Bin Abd Rashid (019-5592727)
|
UniMAP





