Home
Silat Cekak Semarakan Perhimpunan Wajadiri 1Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis
Silat Cekak Semarakan Perhimpunan Wajadiri 1Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis
Saturday, 16 January 2010 00:00

Silat Cekak Semarakan Perhimpunan Wajadiri 1Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis

16 Januari 2010 Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis telah mengadakan satu Perhimpunan Wajadiri 1 Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis.

Perhimpunan tersebut telah disertai lebih dari 500 org pesilat dan pengamal seni bela diri yang terdapat di negeri ini seperti Silat Cekak Malaysia, Silat Gayung Malaysia, Silat Gayung Fatani , Taekwondo, Wushu, Silambam dan lain-lain lagi. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menghantar seramai 80 orang ahli persatuan bagi menjayakan perhimpunan tersebut. Persembahan demo silat cekak turut dipersembahkan semasa perasmian dan ketika program kemuncak berlangsung di mana setiap persatuan dan pertubuhan turut membuat persembahan masing-masing.


Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang terlibat.

 

 

 
Hak Cipta psscmperlis.org