Kem Interaksi Wajadiri Cekak 2010
| Kem Interaksi Wajadiri Cekak 2010 |
| Sunday, 21 February 2010 00:00 |
|
Pada 19 - 21 Februari lalu, Psscm Cawangan Perlis telah mengadakan satu Kem Interaksi Wajadiri Cekak 2010 yang telah berlangsung di Taman Negeri Perlis. Kem tersebut telah dihadiri seramai lebih 50 orang ahli PSSCM dari Kelas Latihan UiTM Perlis dan Kelas Latihan UniMAP. Kem tersebut telah di rasmikan oleh Exco Pelancongan dan Kesihatan YB Ahmad Bakri Dato’ Ali. Keseluruhan Kem ini berjalan dengan lancar dan banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Trekking & Caving, aktiviti di dalam kumpulan, sukaneka serta Ceramah jemputan dari Ahli LPT iaitu En Zafri Bin Miar atau lebih dikenali sebagai abang john. Keseluruhan aktiviti kem tersebut berjalan dengan lancar dan terima kasih ducapkan kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini. |






