| Sambutan Isra' Mikraj 1431 PSSCM Caw Perlis |
|
Arau - 10 Jun 2010 bersamaan 27 Rejab 1431 Hijrah, Sambutan Isra' dan Mikraj telah diadakan di Rumah Persatuan Silat Cekak di Arau. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli dari kelas latihan cawangan, uitm perlis dan unimap. Majlis pada malam tersebut telah bermula pada jam 8.30 mlm dengan jamuan makan dan selepas itu diteruskan dengan ceramah oleh Tuan Haji Ghazali Bin Ab. Rahman iaitu Ahli Lembaga Pelajaran & Tatatertib PSSCM selaku penceramah jemputan pada malam itu. Selesai ceramah dari beliau, majlis sambutan diteruskan dengan bacaan berzanji dan marhaban secara beramai-ramai. Majlis berakhir pada jam 12 malam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah pada malam itu yang sudi menerima jemputan dan kepada ahli-ahli yang telah hadir.
|










